suria

Hampir pasti aksi Serie A disambung pada 13 Jun

Serie A digantung sejak 9 Mac lalu akibat pandemik Covid-19. Foto: Getty Images

BOLEH dikatakan terdapat '99 peratus' kemungkinan di mana kerajaan Itali akan membenarkan Serie A kembali beraksi pada 13 Jun depan, kata Presiden Jawatankuasa Olimpik negara berkenaan, Giovanni Malago.

Kelab-kelab kini kembali menjalani latihan dan liga diluluskan untuk disambung semula pada 13 Jun sekiranya diberi lampu hijau oleh kerajaan.

Aksi Serie A digantung pada 9 Mac dengan 12 pusingan penuh dan baki empat perlawanan melibatkan beberapa pasukan lagi yang belum diselesaikan.

"Ini risiko sebenar, tetapi objektif utama adalah menyambung semula Serie A," katanya

Juventus sedang mendahului dan mengejar gelaran Serie A kesembilan berturut-turut, dan kini berada di puncak liga, satu mata di depan Lazio.

Malago menambahkan, kerajaan juga mungkin mengubah pendirian dengan keseluruhan skuad harus menjalani kuarantin 14 hari jika terdapat pemain diuji positif untuk Covid-19.

Itali merupakan salah sebuah negara yang mencatatkan kes tertinggi Covid-19. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Serie A, Itali. Covid-19

Artikel Lain