suria

Bapa Clayton sembuh Covid-19 selepas 51 hari di ICU, "Saya menangis takut tak dapat bercakap dengannya lagi"

Steve berjaya sembuh daripada Covid-19 selepas 51 hari di ICU.

ADAM Clayton tidak dapat menahan air matanya dan menangis di dalam kereta selepas berbual dengan bapanya yang disah positif Covid-19.

Steve Clayton dihantar ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas dan pheumonia.

Ia merupakan kali kedua Steve,60, dimasukkan ke ICU selepas 20 tahun kerana masalah jantung terhenti.

Menurut pemain tengah Middlesbrough, bapanya digegaskan ke Hospital North Manchester pukul 3 pagi kerana sukar bernafas.

Dan selepas itu, Clayton menerima berita sedih apabila bapanya positif coronavirus dan diletakkan dalam unit rawatan rapi selama 51 hari.



Clayton mengakui takut selepas bapanya dimasukkan ke ICU berikutan jangkitan Covid-19.

"Saya sempat bercakap dengannya selama setengah jam sebelum dimasukkan ke ICU.

"Mereka akan menidurkannya. Dalam hati berkata "kami akan menunggu ayah. Anda adalah orang paling kuat dari segi mental yang pernah saya temui".

"Sebaik sahaja meletak telefon, saya terus menangis. Ia adalah kali pertama saya menangis sejak sekian lama. Ketika saya memandu ketika itu, saya terus menangis untuk tempoh lima minit. Anda tidak pasti sama ada akan bercakap dengan dia lagi."

Steve sebelum itu dilaporkan enggan dimasukkan ke ICU kerana masih trauma selepas 20 tahun lalu jantungnya terhenti sebanyak tiga kali dan pasukan doktor mencadangkan untuk mematikan alat bantuan pernafasan.



Clayton bersama bapanya.

Manakala bagi Clayton, jika telefonnya berbunyi dan ibunya berada di hospital ia amat menakutkan.

"Selepas dua minggu di ICU mereka menghubungi saya dan memberitahu dia (bapa) ada 80 peratus oksigen. Selepas itu buah pinggangnya gagal. Dia perlu didialisis sebanyak tiga kali sehari.

"Mereka juga ada beritahu 50-50," ujarnya.

Namun Clayton bersyukur kerana bapanya sekali lagi berjaya mengatasi saat getir itu.

"Satu hari kami menerima panggilan telefon dari hospital memberitahu bapa sudah sedar.

"Saya mengambil masa empat hari untuk keluarkannya daripada hospital."

Saat indah itu turut dirakam oleh kakitangan hospital dan Clayton turut berkongsi di media sosial.

"Tanpa NHS, bapa saya tidak akan ada lagi planet ini. Mereka sangat menakjubkan. Mereka adalah frontliners mengharungi perang dan berdepan dengan risiko hidup sendiri setiap hari. Terima kasih kepada mereka." -Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Adam Clayton, Steve Clayton, Covid-19

Artikel Lain