PEMAIN pertahanan Watford Adrian Mariappa disahkan positif Covid-19. The Hornets mendedahkan perkara tersebut Selasa bahawa dua staf operasi kelab dan seorang pemain dikaitkan dengan Covid-19. "Sejak diberitahu positif Covid-19 pada Selasa, saya terfikir bagaimana saya dijangkiti. "Saya terkejut kerana tidak keluar rumah, selain daripada melakukan senaman dan hanya berjalan dengan anak-anak. Saya hanya berada di rumah mengekalkan kecergasan. "Kehidupan saya sangat tertutup, sudah tentu tidak ada parti atau keluar dan sebagainya. Saya memang tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti. "Seperti orang lain, kami juga menggunakan perkhidmatan penghantar makanan dan barang, jadi ia mungkin salah satunya dan pasangan saya ada beberapa kali pergi ke pasar raya. "Tetapi dalam fikiran saya ia tidak mungkin," jelasnya. Mariappa diberitahu positif Covid-19 pada Selasa dan kini dikuarantin selama seminggu sebelum menjalankan sekali lagi ujian dan potensi kembali turun berlatih. "Saya tidak mengalami gejala dan sentiasa rasa cergas, malah lebih daripada biasa kerana saya berlatih bersungguh-sungguh. "Saya telah menjalani latihan mengikut program dan tidak pernah rasa sesak nafas atau sakit dan sebagainya. "Kami juga dipantau teliti sepanjang masa di kelab dan turut mengamalkan penjarakkan sosial. "Ia sangat menakutkan apabila dijangkiti ini ketika anda rasa sangat sihat dan berada di rumah," tambahnya. -Dailymail.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!