suria

Bintang WWE lesap dihanyut ombak sewaktu berenang dengan anak

Gaspard (kiri) mula menjadi bintang WWE pada 2003.

BEKAS bintang WWE, Shad Gaspard hilang akibat dihanyutkan ombak sewaktu berenang di Pantai Venice, California.

Dia pada waktu itu berada di lokasi kejadian bersama anak lelaki berusia 10 tahun.

Menerusi kejadian pada Isnin, dia yang berusia 39 tahun ditarik arus deras sehingga hilang di perairan tersebut.

Sewaktu kejadian, pegawai penyelamat sempat menarik anaknya namun gagal menyelamatkan bintang itu.

Pasukan pencarian juga telah digerakkan bagi menjejaki Gaspard.

Namun, usaha berkenaan kini dihentikan dan status dirinya diletakkan sebagai meninggal dunia.

Dalam pada itu, keluarga Gaspard menerusi Twitter turut berterima kasih kepada orang ramai dan peminat atas kata-kata semangat mereka.

Gaspard menjadi bintang WWE pada 2003 dan muncul menerusi Smackdown pada 2010. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shad Gaspard, WWE, Smackdown

Artikel Lain