JUARA lighweight UFC dunia, Khabib Nurmagomedov mengsahkan bapanya berada dalam keadaan koma selepas dijangkiti Covid-19. Khabib yang meluahkan kesedihannya itu di laman Instagramnya memberitahu, bapanya Abdulmanap baharu menjalani pembedahan komplikasi dan turut menderita dengan jangkitan Covid-19. Atlet seni bela diri campuran berusia 31 tahun itu turut menasihatkan orang ramai supaya terus berada di rumah. "Dalam kes ini, lebih 20 orang ahli keluarga saya sedang sakit dan berada di ICU. Ada sebahagian mereka sudah tidak bersama kami lagi. "Ramai yang telah meninggal dunia, ibu bapa kepada saudara saya. Semua orang berdepan dengan tempoh sukar ini. "Banyak cerita yang ditulis di Internet mengenai bapa saya. Sekarang, bapa saya berada di hospital. "Dia berada dalam keadaan kritikal disebabkan virus itu. Ia memberi kesan kepada jantungnya kerana tahun lalu dia menjalani pembedahan dan kini sekali lagi pembedahan dibuat. "Dia berada dalam keadaan sukar, sangat sukar. Kami memohon kepada Allah untuk kembali dia kepada kami." Khabib yang mecatat rekod tanpa kalah kalah 28-0 sepatutnya dijadualkan bertemu Tony Ferguson di pentas UFC 249 pada 18 April lalu, namun terpaksa dibatalkan kerana tidak boleh meninggalkan negara Rusia, berikutan sekatan perjalanan di Amerika Syarikat kerana Covid-19. Perlawanan itu ditunda kepada 9 Mei dan Ferguson tewas kepada Justin Gaethje di Jacksonville, Florida bagi merebut gelaran lightweight. Presiden UFC Dana White memberitahu Khabib dan Gaethje akan berlawan pada tarikh yang akan ditentukan tahun ini. -Dailymail.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!