PEMAIN bola Itali yang juga bintang Juventus, Giorgio Chiellini percaya bahawa Kylian Mbappe jauh lebih berbakat berbanding Neymar. Ujarnya, pandangan itu tercetus selepas dia melihat bintang Paris Saint-German (PSG) itu beraksi di padang. Dalam autobiografi miliknya, Chiellini banyak memuji Mbappe. Malah katanya, Mbappe mampu meraih banyak anugerah Ballon d'Or selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. "Siapa yang akan memegang banyak Ballon d'Or selepas Messi dan Ronaldo bersara? Tentunya Mbappe. "Dia pemain yang unik. Pertama kali lihat dia beraksi atas padang menerusi sebuah perlawanan yang disiarkan pada 2016-2017. "Sewaktu separuh masa pertama, saya tanya Fabio Paratici, siapa dia? "Kemudian Fabio kata dia kenal Mbappe. Mbappe disebut sebagai pemain yang tidak boleh dihentikan lagi kemaraannya," ujar Chiellini. - Daily Mail. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!