suria

Stadium kosong akibat Covid-19, kelab bola mohon maaf selepas didakwa guna patung seks untuk ganti penyokong

Antara patung yang digunakan dalam perlawanan tersebut.

PENULARAN Covid-19 memaksa perlawanan bola sepak dijalankan secara tertutup tanpa kehadiran penonton di Korea Selatan.

Namun, sebuah kelab bola FC Seoul menerima kritikan apabila didakwa menggunakan 30 patung seks sebagai pengganti penonton untuk memenuhi tempat duduk di stadium.

Kisah itu menjadi hangat selepas penonton yang menonton siaran itu mendakwa ternampak penggunaan patung seks dalam perlawanan tersebut.

Satu kenyataan turut dikongsi kelab itu apabila mereka mengaku kesal atas insiden berkenaan.

"Kami ingin memohon maaf kepada peminat. Kami betul-betul minta maaf.

"Kami ingin jelaskan patung itu dibuat menyerupai manusia, bukan untuk kegunaan seksual, sebagimana disahkan oleh pengeluar.

"Kami diberitahu ia patung untuk pakaian. Kami membuat semakan beberapa kali bahawa ia bukan untuk tujuan seksual," ujar wakil kelab itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, bola sepak, FC Seoul

Artikel Lain