SEORANG pemain pertahanan Watford, Christian Kabasele membuat gurauan sebagai respons terhadap tuduhan seorang penyokong Sheffield United bahawa dia dan rakan sepasukannya berusaha untuk tidak kembali beraksi bagi mengelakkan pasukan itu daripada penyingkiran. Pasukan The Hornets ketika ini kekurangan enam pemain selepas Adrian Mariappa disahkan positif Covid-19, dengan dua yang lain menjalani kuarantin, dan tiga lagi pemain termasuk Troy Deeney, memilih untuk tidak kembali menjalani latihan. Penyokong Blades menyampaikan rungutannya itu menerusi Twitter dengan posting: "Saya tidak pernah mempunyai banyak pendapat mengenai Watford sebelum ini tetapi mereka telah bersikap tidak wajar sepanjang situasi ini, taktik yang digunakan untuk mengelakkan penyingkiran adalah jelas. Saya akan malu sekiranya saya menjadi penyokong Watford." Kabaseles kemudian memberi reaksi terhadap tuduhan itu secara sarkastik di media sosial. "Biar saya menjelaskan taktik kami: kami melakukan satu suntikan covid19 seminggu sekali. "Kami mengeluarkan pemain/ kakitangan yang mendapatkannya seperti ini, kami pasti tidak akan bermain lagi dan mengelakkan penyingkiran," katanya dengan menggunakan emoji seseorang yang menutup wajah mereka dengan tangan. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!