suria

Pemain-pemain EPL beli 'pengawal keselamatan', "Anjing-anjing ini boleh hidu niat buruk seseorang"

Sterling (kiri) dan Rashford turut membela anjing bagi perlindungan diri mereka.

DEMI meningkatkan keselamatan, pemain-pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) mengambil inisiatif dengan menjadikan anjing sebagai pengawal keselamatan.

Terbaharu, pemain tengah Leicester City Hamza Choudhury turut mengambil langkah membela dua ekor anjing dari baka Belgian Malinois dan German Shepherd.

Manakala bintang Spurs, Dele Alli turut dihubungi dua firma berkaitan selepas rumahnya dipecah masuk dan diserang dengan pisau minggu lalu.

Pengurus Besar Swansea yang mempunyai syarikat perlindungan haiwan A1K9 berkata: "Sama seperti manusia yang yang dapat tahu jika seseorang itu berniat buruk, anjing-anjing ini juga dapat menghidu niat mereka.

"Anjing peliharaan dapat melihat lebih jelas niat seseorang."

Antara bintang bola sepak lain yang turut membeli anjing termasuka pemain Manchester United Marcus Rashford, Aaron Wan-Bissaka dan Jesse Lingard.

Selain itu Jack Grealish (Aston Villa) serta pemain sayap Manchester City Raheem Sterling juga memilih untuk membela anjing.

Nilai setiap haiwan belaan ini mencecah sehingga 75,000 paun (RM400,028) seekor. -Dailystar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Bela Anjing, keselamatan, EPL

Artikel Lain