suria

Hubungan retak kembali bertaut, ibu Neymar sanggup sewa rumah untuk teman lelaki muda

Ibu Neymar bersama kekasihnya.

IBU kepada pemain bola sepak terkenal, Neymar iaitu Nadine Goncalves kembali bercinta dengan seorang lelaki yang berusia 30 tahun lebih muda,

Nadine, 52, turut menyewakan sebuah rumah buat pemuda itu di Sao Paolo, Brazil agar mereka lebih mudah untuk berjumpa.

Sebelum ini, hubungan mereka putus selepas timbul dakwaan pemuda dikenali Tiago Ramos itu bercinta dengan beberapa lelaki lain sebelum bertemu ibu Neymar,

Lebih memburukkan keadan, bekas kekasih Tiago turut tampil dengan bukti bahawa pemuda itu melakukan keganasan domestik ke atasnya.

Dalam pada itu, Neymar dikatakan tidak menghiraukan kontroversi yang melanda dan seolah-olah senang dengan hubungan itu.

Sebelum ini, timbul juga dakwaan bahawa Tiago pernah bercinta dengan tukang masak peribadi Neymar. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Neymar, Nadine Goncalves

Artikel Lain