suria

Cuba pintas kenderaan lain, bekas penjaga gol Chelsea selamat tapi Lamborghini sewa rosak teruk

Keadaan Lamborghini disewa Bulka rosak teruk selepas terlibat dengan kemalangan.

PENJAGA gol PSG, Marcin Bulka tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kereta Lamborghini dipandunya terbabit dengan kemalangan di Poland.

Bulka kembali ke kampung halamannya di Wyszogrod semasa perintah berkurung akibat pandemik Covid-19.

Kemalangan berlaku tidak jauh dari kediamannya dan gambar kenderaan mewah itu yang rosak teruk turut tersebar di media sosial pada Khamis.

Lebih memburukkan keadaan, Lamborghini tersebut sebenarnya disewanya.

Kemalangan berlaku ketika Bulka dipercayai cuba memintas sebuah kenderaan sebelum bertembung sebuah kereta lain.

Bulka dan seorang lagi pemandu dan penumpang kenderaan yang dilanggarnya dibawa ke hospital.

Namun ketiga-tiga tsudah dibenarkan keluar wad.

Penjaga gol berusia 20 tahun itu menyertai PSG pada 2019 selepas memperkuat Chelsea selama tiga musim. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain