suria

Reunion bersama keluarga, Amir Khan mohon maaf selepas langgar SOP

Amir memohon maaf dan memadam foto pertemuan itu.

BEKAS juara tinju light-welterweight, Amir Khan sekali lagi menjadi perhatian kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah berkurung sempena Covid-19.

Menerusi foto yang dikongsi, dia dilihat bertemu ahli keluarganya.

Dalam foto itu turut kelihatan isteri dan tiga anaknya sewaktu mereka meraikan Aidilfitri.

Adik-beradik serta sepupunya turut ada dalam majlis itu.

Khan sebelum ini bergaduh dengan keluarganya sejak 2016 dan isterinya turut dituduh sebagai perempuan jahat oleh ibunya.

Pertemuan kali ini menjadi pertemuan pertama mereka sejak tempoh itu.

Menurut sumber, pertemuan itu berlaku dalam suasana cukup emosi.

Selepas berkongsi foto pertemuan itu di Instagram, Khan kemudiannya memadam semula dan memohon maaf kepada orang ramai. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Amir Khan, keluarga, Aidilfitri

Artikel Lain