suria

Aksi EPL kembali bersambung, Southgate ambil keputusan enggan ke stadium

Southgate yakin barisan hadapan lebih penting untuk berada di stadium ketika aksi perlawanan berlangsung.

PENGURUS Eengland Gareth Southgate membuat keputusan untuk tidak hadir ke stadium sebaik sahaja aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) disambung.

Southgate merasakan tidak adil untuknya datang menyaksikan aksi perlawanan bagi melihat pemain-pemain pilihan berikutan jumlah kehadiran ke stadium dihadkan.

Perlawanan EPL kembali disambung pada 17 Jun ini selepas tiga bulan ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Walaupun perlawanan kembali diadakan, jumlah invividu berada di dalam stadium dihadkan hanya kepada 300 orang sahaja termasuk pegawai, polis, pemain, pasukan perubatan dan staf diadakan secara tertutup.

Biarpun Southgate dibenarkan hadir, dia membuat keputusan mahu melihat dari kaca televisyen sahaja memandangkan kehadirannya bukanlah sebagai penting.

Dia yakin orang lain lebih memerlukan kuota kehadiran itu seperti petugas kesihatan atau paramedik.

Sebelum ini, laporan mendedahkan bahawa eksekutf kelab dilarang hadir ke perlawanan termasuk semua pengarah malah juga pengerusi kelab. -Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Gareth Southgate, England, EPL, Covid-19

Artikel Lain