suria

Klopp hanya tumpu kumpul mata, "Sambutan julang trofi liga boleh tunggu 2021"

Klopp akui Liverpool layak meraikan trofi kejuaraan mengikut kemahuan pasukan.

LIVERPOOL dijangka bakal merangkul trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas tahun 1990.

The Reds secara dijangka akan dinobatkan juara secara rasminya penghujung bulan ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya perlu merakam dua lagi kemenangan untuk memastikan trofi menjadi miliknya menjelang aksi yang kembali disambung pada 17 Jun ini.

Perlawananan EPL ditanggungkan sejak Mac lalu berikutan penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Liverpool bakal berdepan dengan Everton pada 21 Jun ini dilangsungkan secara tertutup.

Klopp memberitahu, Liverpool menjulang trofi kejuaraan dalam tempoh penularan wabak ini dan sambutan atau parade boleh ditunda.

"Tidak boleh mengadakan sambutan seperti yang anda idam, ia tidak menarik. Saya sangat memahaminya.

"Saya juga berada seperti ini. Ia bukan idea saya untuk meraikan kejuaraan sendirian di stadium dan selepas itu terus pulang ke rumah.

"Namun buat masa ini ia tidak boleh diubah. Bolehkah ia disambut secara istimewa selepas ini? Jawapannya tidak. Ia berbeza, tetapi kadang-kala berbeza sudah tentu 'OK'," jelasnya.

Liverpool dijangka berpeluang untuk memecah rekod yang dirakam Manchester United pada musim 2017-18 dengan 100 mata.

Sehingga kini Liverpool mengumpul 82 mata dengan baki sembilan perlawanan dan Klopp hanya memerlukan enam kemenangan untuk mengatasi kutipan mata yang dilakukan City itu.- Eurosport

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Liverpool, Juara, EPL, 2020

Artikel Berikut

Artikel Lain