suria

Mike Tyson dedah fantasi lampau, berangan mahu tumbuk wajah Mayweather

Mike luah hasrat mahu tumbuk wajah Mayweather.

JUARA Heavyweight dunia, Mike Tyson mendedahkan nama seorang peninju yang ingin ditumbuknya.

Sewaktu disoal pada 2014 mengenai hal itu, dia pantas menjawab nama rakan peninju, Floyd Mayweather.

Perkara itu didedahkannya sewaktu temubual bersama Steve Farhood menerusi program ShoBox.

Ujar Mike, aksi perlawanan dengan Mayweather sentiasa menjadi fantasi utamanya.

"Saya teringin nak berlawan dengan dia, saya harap dia sama berat dengan saya," kata Mike.

Namun, hasratnya itu bukan kerana dia cemburu mahupun benci malahan Mike sentiasa memujinya.

Pada 2013 misalnya, Mike tidak henti-henti memuji Mayweather menerusi temubual bersama Wall Street Journal.

"Sangat sukar untuk kalahkan dia. Saya tak kisah, tapi ia memang sukar.

"Suka atau benci, dia sememangnya sukar untuk dikalahkan," ujar Mike lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mike Tyson, Floyd Mayweather, peninju

Artikel Lain