suria

Bekas hero Manchester United Dunne meninggal dunia

Dunne menjulang namanya ketika bersama Manchester United.

TONY Dunne yang pernah membantu melonjakkan nama Manchester United meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Dunne yang merekodkan 500 penampilan bersama Red Devils menghabiskan masa selama 13 tahun di kelab itu sejak 1973.

Bekas pemain kebangsaan Ireland ini juga pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik 1969 dan mengikat lilitan kapten untuk negaranya dengan 33 kap.

Dia menyertai United dari kelab Ireland, Shelbourne dengan nilai perpindahan 5,000 paun (RM21,307) pada tahun 1960 dan menjadi pemain penting di situ.

Sepanjang bersama United, Dunne turut menjulang trofi Piala FA 1963 apabila menewaskan Leicester City di Wembley dan turut menjuarai gelaran liga pada tahun 1965.

Dunne terus diingati sebagai pemain pertahanan terhebat United sepanjang kariernya sebelum muncul pemain-pemain baharu di Old Trafford.

Pada tahun 1979, Dunne berhijrah ke Atlantic pada untuk menyertai Detroit Express sebelum kembali ke Bolton sebagai penolong pengurus.-Dailystar.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain