suria

Dibuli kerana berkulit hitam, Hamilton sertai kelas karate untuk belajar pertahan diri

Juara dunia enam kali Formula 1, Lewis Hamilton.

TATKALA isu Black Lives Matter hangat diperkatakan, juara Formula 1 Lewis Hamilton turut berkongsi kisahnya yang tersendiri.

Menurut juara dunia enam kali itu, dia juga tidak terlepas dibuli kerana dilahirkan sebagai orang kulit hitam.

Malah, dia juga pernah dipukul sewaktu kecil gara-gara hal itu.

Tambah Hamilton, dia menghadiri kelas karate sewaktu kecil bagi mempelajari seni mempertahankan diri.

"Setiap hari saya baca mengenai kisah perkauman, ia mengimbas banyak memori pedih sewaktu saya kecil.

"Saya jarang berkongsi sebelum ini kerana diajar untuk memendam. Jangan tunjuk kelemahan.

"Tundukkan mereka dengan kasih sayang dan kalahkan mereka di gelanggang," katanya.

Tambah Hamilton, satu-satunya cara untuk melawan penindasan itu adalah dengan mempelajari seni mempertahankan diri.

Hamilton berkongsi hal itu di Instagram dan ia turut mencuri perhatian pengikutnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lewis Hamilton, Formula 1, perkauman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain