suria

Iker Casillas tarik diri daripada bertanding jawatan Presiden RFEF

Bekas penjaga gol Real Madrid dan Sepanyol, Iker Casillas. Foto: AFP

BEKAS kapten yang membantu Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia, Iker Casillas membuat keputusan untuk menarik kembali pencalonannya untuk memburu jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Casillas yang juga bekas penjaga gol Real Madrid itu mengatakan bahawa dia mempertimbangkan semula pencalonannya kerana 'keadaan sosial, ekonomi dan kesihatan' negara kini yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Lebih daripada 27,000 orang menjadi korban wabak Covid-19 di Sepanyol.

Pemain berusia 39 tahun itu membuat pengumuman berkenaan di Twitter miliknya.

Casillas belum bersara secara rasmi tetapi dia tidak bermain untuk kelabnya, Porto sejak April 2019, setelah mengalami serangan jantung semasa latihan.

Dia diberi peranan sebagai staf pelatih kelab pada Julai 2019.

Pengunduran diri Casillas bermaksud penyandang jawatan, Luis Rubiales bakal dipilih tanpa bertanding pada Ogos depan dengan mandat selama empat tahun. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Iker Casillas, Sepanyol, RFEF

Artikel Lain