NAMA pemain-pemain Premier League ataupun Liga Perdana Inggeris (EPL) akan ditukar kepada Black Lives Matter pada bahagian belakang baju mereka apabila EPL bersambung pada 17 Jun ini. Pemain juga akan memakai lencana Black Lives Matter di samping lencana penghargaan kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang berkhidmat sewaktu pandemik Covid-19 pada baju setiap pasukan sehingga akhir musim ini. Bagaimanapun, tulisan Black Lives Matter pada bahagian belakang setiap baju pemain yang menggantikan nama mereka itu hanya untuk 12 perlawanan EPL yang pertama sahaja. EPL juga akan menyokong mana-mana pemain yang mahu 'berlutut' sebagai tanda solidariti sebelum atau semasa perlawanan. Pemain di Jerman telah mempamerkan isyarat solidariti bersama mereka yang memprotes kematian lelaki kulit hitam, George Floyd. "Kami, para pemain, akan bersama-sama dengan objektif tunggal untuk menolak prejudis perkauman," demikian menurut satu kenyataan. Dalam mesej bersama dari semua 20 kelab, pemain menambah bahawa mereka komited untuk 'masyarakat global yang menghormati, meraikan peluang yang sama untuk semua, tanpa mengira warna atau kepercayaan mereka'.- BBC.Com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!