suria

Samuel Eto’o mahu lihat Messi beraksi hingga usia 70 tahun

Messi sehingga kini sudah mengumpul enam trofi Ballo d'Or.

BEKAS penyerang Barcelona, Samuel Eto’o meluahkan hasrat mahu melihat Lionel Messi menjadi pemain bola sepak sehingga berusia 70 tahun.

Menurut Eto’o, dia melihat Messi sebagai pemain terbaik di dunia dan mahu melihat bintang itu terus menikmati kerjayanya dalam bidang sukan.

"Leo pemain terbaik di dunia, paling hebat sepanjang zaman. Setiap pasukan di dunia mahukan Messi.

"Jadi, kita perlu beri sokongan. Mungkin dia sudah tidak boleh berlari seperti anak muda umur 25 tahun, tapi kadang-kala dia masih ada kebolehan itu.

"Sebagai peminat Barcelona kita perlu beri yang terbaik. Dia perlu bermain hingga umur 70 tahun untuk kita nikmatinya," kata Eto’o.

Untuk rekod, Eto’o mengambil keputusan bersara selepas 22 tahun dalam arena sukan bola sepak pada tahun 2019.

Dia memulakan kariernya bersama Real Madrid dengan hanya tiga penampilan dan selepas itu bermain dengan 13 kelab lain termasuk Barcelona, Inter Milan, Chelsea, Everton dan Sampdoria. - Goal.com.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain