BERIKUTAN arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, niat atlet tenis para negara Muhamad Firdaus Ibrahim untuk pulang pulang kampung halaman di Ipoh terpaksa ditunda. Namun kini kelonggaran untuk merentas negeri sudah dibenarkan dan Firdaus meneruskan niatnya itu. Atlet berusia 24 tahun ini mengalami lumpuh separuh badan dan memandu keretanya untuk pulang ke Ipoh manakala isterinya Siti Fatimah Mohd Nor mengiringinya dengan menaiki motosikal. "Dia banyak berkorban seperti kasih sayangnya. Jika boleh, sudah tentu saya juga akan menunggang motosikal. "Kenderaan ini sudah tiga bulan tidak bergerak berikutan PKP. "Salute to my wife, bawak motor dari KL ke Ipoh. Kental sungguh hatinya. What do i deserve to have her in my life," tulis Firdaus di laman Twitternya. Firdaus sentiasa berkongsi kisah hidup dengan isterinya yang di laman sosial dan mendapat pujian daripada netizen. Malah posting ini juga turut mendapat lebih 20,000 ulang kicau. Pemenang pingat perak Sukan Para Asean 2017 merupakan atlet kelahiran Bagan Serai, Perak dan pernah mengakui berdepan pelbagai kesukaran dalam menjalani kehidupan aktiviti harian, namun berkat kesabaran dia kini berada di satu tahap yang tidak pernah menjangkannya. Dia melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun lalu dan bersyukur apabila memiliki seorang isteri yang sangat memahami dan terima kekurangannya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!