suria

Barcelona mahu ‘ikat’ Messi hingga 2023

Bintang antarabangsa Argentina, Lionel Messi. Foto: Getty Images

BARCELONA akan menawarkan Lionel Messi kontrak baru untuk mengekalkannya di kelab sehingga 2023, menurut laporan media Sepanyol.

Kontrak bintang antarabangsa Argentina itu hanya berbaki satu tahun dalam perjanjiannya saat ini di Camp Nou, tanpa rundingan rasmi yang berlaku susulan krisis Covid-19.

Messi boleh meninggalkan pasukan secara percuma musim panas ini jika mahu berhijrah ke pasukan lain.

Menurut laporan Mundo Deportivo, kelab itu kini bersedia untuk memperbaharui kontrak bersama Messi.

Kontrak akan ditetapkan sehingga 2023, tetapi pemain sayap itu akan mempunyai pilihan untuk menamatkan kontrak setahun sebelum itu.

Sebelum ini, Presiden Barcelona, Josep Maria Batomeu mendesak agar perbincangan mengenai kontrak Messi dilakukan segera untuk menyambung kontrak pemain itu di Camp Nou. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lionel Messi, Barcelona

Artikel Lain