BARCELONA dilaporkan menawarkan Philippe Coutinho kepada Everton dengan kontrak pinjaman selama setahun. Coutinho meluahkan hasrat untuk kembali ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim panas ini. Malah dia turut dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk Arsenal, Chelsea, Tottenham dan Newcastle. Timbul juga khabar angin yang mendakwa Liverpool berminat untuk mendapatkan semula khidmat pemain tengah itu. Namun pemain berusia 28 tahun itu ditawarkan untuk menyertai Everton, menurut podcast The Transfer Window. Difahamkan Barca akan membayar satu pertiga daripada gaji Coutinho untuk memastikan kontrak itu lebih lumayan kepada pasukan bimbingan Carlo Ancelotti. Ejen Coutinho, Kia Joorabchian yang juga rakan baik kepada pemilik Everton Farhad Moshiri boleh memudahkan rundingan tersebut. Coutinho yang dipinjamkan ke Bayern Munich masih bergelut dengan kecederaan buku lali. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!