suria

Bintang tenis Grigor Dimitrov positif Covid-19, pusingan akhir dibatal

Grigor Dimitrov disahkan positif Covid-19. Foto Instagram/grigordimitro

BINTANG tenis, Grigor Dimitrov mengumumkan bahawa beliau disahkan positif Covid-19.

Pemain berusia 29 tahun itu bermain di kejohanan Adria Tour di Zadar, Croatia bersama beberapa pemain lain seperti Alexander Zverev, Marin Cilic dan Andrey Rublev.

Menerusi posting di laman sosial Instagram, beliau berkata: "Saya mhu memberitahu kepada rakan-rakan dan penyokong saya bahawa saya disahkan positif Covid-19 di Monaco.

"Saya ingin memastikan semua pihak yang mempunyai kontak dengan saya sejak beberapa hari lalu untuk menjalani ujian dan langkah-langkah pencegahan.

"Saya memohon maaf sekiranya terdapat kemudaratan yang disebabkan oleh saya. Saya kini berada di rumah dan dalam proses untuk sembuh.

"Terima kasih di atas sokongan anda. Kekal sihat dan selamat," tambahnya.

Keadaan yang menimpa Dimitrov itu mengakibatkan pusingan akhir Adria Tour antara Novak Djokovic dan Andrey Rublev dibatalkan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain