suria

Bintang tenis No. 1 dunia, Novak Djokovic pula disahkan positif Covid-19

Novak Djokovic (dua, kanan) menjadi bintang tenis terbaharu yang mendapat jangkitan Covid-19. Foto: Getty Images

BINTANG tenis nombor 1 dunia, Novak Djokovic mengesahkan beliau positif bagi wabak Covid-19.

Perkembangan itu menjadikan Djokovic sebagai pemain tenis terbaharu yang mendapat jangkitan wabak maut itu.

Sebelum ini Grigor Dimitrov, Borna Coric dan Viktor Troicki mendedahkan mereka positif Covid-19 selepas bermain di kejohanan Adria Tour di Zadar, Croatia.

Susulan itu pusingan akhir Adria Tour yang masih berbaki di Banja Luka dan Sarajevo terpaksa dibatalkan.

"Malangnya, disebabkan peristiwa yang berlaku dalam beberapa hari kebelakangan ini, kami memutuskan bahawa perkara yang paling penting sekarang adalah menstabilkan keadaan dan juga agar semua orang pulih," kata Djordje Djokovic, yang merupakan pengarah kejohanan.

Satu kenyataan di laman web Djokovic mengatakan: "Sebaik sahaja setelah tiba di Belgrade, Djokovic diuji bersama dengan semua anggota keluarga dan pasukan yang bersama dengannya. Dia tidak menunjukkan sebarang gejala". - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Novak Djokovic, tenis, Covid-19

Artikel Lain