LIONEL Messi dilaporkan sedang berbicang untuk terus kekal di Barcelona dalam tempoh dua tahun lagi. Namun, gajinya sebanyak £1.15 juta (RM6.11 juta) dikatakan tidak akan meningkat dalam tempoh itu. Difahamkan, tiada peningkatan gaji berlaku memandangkan kelab turut terkesan akibat Covid-19. Bapa Messi, Jorge kini sedang menjalankan rundingan dengan Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu. Menurut sumber, kedua-dua pihak bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan. Dilahirkan pada 1987, pemain Argentina itu sehingga kini sudah mengumpul enam anugerah Ballon d'Or dalam koleksinya. Malah, dia juga sudah merangkul pelbagai anugerah bersama Barcelona. - The Sun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!