ARENA badminton dunia menerima kejutan hari ini apabila pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik, Lin Dan mengumumkan persaraannya. Lin Dan, 36, mengumumkan hal itu menerusi platform media sosial China, Weibo pada Sabtu. Pengumuman itu sekaligus memberi pengesahan bahawa dia tidak akan menyertai Sukan Olimpik 2020 yang akan datang. "Dari tahun 2000 sehingga 2020, selepas 20 tahun, saya ucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan. Ianya sukar untuk dilafazkan," ujarnya. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!