suria

“Moga Allah permudahkan urusan keluarga kami” - Amir Khan kongsi foto di kubur, sedih anak saudara meninggal dunia sejurus lahir

Amir (kiri) berkongsi foto di kubur pada Khamis.

BEKAS juara tinju light-welterweight, Amir Khan berkongsi kisah sedih pemergian anak saudaranya pada Khamis.

Kata Khan, bayi itu meninggal dunia sejurus dilahirkan dan dia menyifatkan kejadian itu sebagai hari sukar untuk keluarganya.

"Hari sukar untuk kami sekeluarga. Anak saudara saya, anak kepada abang saya Haroon Khan meninggal dunia.

"Moga Allah permudahkan urusan keluarga kami, khususnya ibu dan bapanya, doakan kami," tulis Khan di Twitter.

Malah, dia turut berkongsi sekeping foto di kubur.

Khan ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa sedih memandangkan dia juga seorang bapa.

Pada awal tahun ini, Khan dan isteri, Faryal Makhdoom mengumumkan kelahiran anak ketiga mereka, Muhammad Zaviyar Khan. - Daily Star.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Amir Khan, kubur, bayi

Artikel Lain