PEMAIN Manchester United (MU) Paul Pogba tampil dengan gaya rambut baharu. Lebih bermakna, corak yang diukir pada rambutnya membawa simbolik kepada pergerakan Black Lives Matter (BLM) yang kini kembali hangat diperjuangkan. Gaya rambut itu dipamerkan menjelang perlawanan membabitkan MU bersama Bournemouth menerusi Liga Premier. Selain Pogba, ramai pemain bola di seluruh dunia turut memberikan sokongan kepada BLM susulan kematian George Floyd akibat kekerasan polis baru-baru ini. Kematian itu turut mencetuskan kemarahan di peringkat global sehingga wujudnya protes secara besar-besaran. Menurut Ketua Eksekutif Liga, Richard Masters dia melihat sokongan itu sebagai satu sentimen tanpa membabitkan diri dengan mana-mana organisasi politik. "Kita bukan orgnanisasi politik tapi kita gembira untuk menyokong para pemain. "Ia masa yang tepat untuk melakukannya. Kali pertama saya rasa pemain, pengurus, liga dan kelab senada dalam isu diskriminasi dan ia merupakan perubahan yang positif," katanya lagi. - The Sun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!