suria

Tak berhenti buat kebajikan, kali ini Salah hadiahkan ambulans untuk kegunaan penduduk kampung

Pemain Liverpool ini sering membuat amal kebajikan khususnya buat golongan memerlukan. Foto: Burak Akbulut - Anadolu Agency

NAMA pemain Liverpool, Mohamed Salah harum dalam kalangan penduduk Mesir apabila dia menghadiahkan sebuah ambulans untuk kegunaan penduduk di Nagrig.

Malah, bapanya, Salah Ghaly turut hadir sewaktu pembukaan sebuah institut kesihatan pada minggu lalu.

Namun, ia bukanlah pertama kali Salah membuat amal kebajikan.

Pada 2018 misalnya, dia menyumbang dana untuk pembinaan sebuah sekolah perempuan di Nagrig.

Selain itu, dia juga pernah membeli lima ekar tanah di Gharbia dan ia disedekahkan kepada penduduk tempatan.

Sewaktu pandemik Covid-19 baru-baru ini, Salah turut menderma ribuan tan makanan menerusi badan kebajikannya di kampung halamannya itu.

Pada bulan lalu juga Salah dilihat membayar minyak petrol seorang penduduk tempatan sewaktu dia berkunjung ke sebuah stesen minyak di Sainsbury, Liverpool. - Middle East Monitor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Salah, ambulans, Liverpool

Artikel Lain