PENYERANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang gembira kerana kelab itu berjaya mendapatkan kontrak jangka panjang baharu untuk dua pemain remaja, Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli. Ujar Aubameyang, kedua-dua pemain muda itu telah membuktikan diri mereka sebagai 'pemain yang begitu hebat' sejak menyertai The Gunners. Saka, 18, mengakhiri teka-teki apabila menandatangani perjanjian empat tahun bersama Arsenal pada minggu lalu manakala Martinelli, 19, turut mengikut jejak langkah rakannya dua hari kemudian untuk meneruskan komitmen bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu. "Sesuatu yang hebat buat kelab apabila Saka dan Gabi (Martinelli) menandatangani kontrak baru minggu lalu. "Mereka memberi impak besar di kelab walaupun masih remaja. Terutama bagi Saka, sangat mengagumkan untuknya menandatangani kontrak itu dan mengimbas kembali ketika dia pertama kali menyarung jersi Arsenal di akademi ketika baru berusia enam atau tujuh tahun. "Kedua-duanya sudah menjadi pemain yang mengkagumkan, mereka sudah banyak beraksi - seperti yang ditunjukkan oleh Saka dengan gol yang cemerlang pada Sabtu lalu," ujarnya. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!