PEP Guardiola menjelaskan Manchester City tidak ada perancangan untuk mendapatkan khidmat Lionel Messi. Pemain antarabangsa Argentina dan kapten Barcelona itu dikaitkan akan berpindah dari Bernabeau selepas kontraknya berakhir musim depan. Guardiola dan Messi pernah bekerjasama di Barca selama empat tahun sebelum ini yang menjadikan mereka dua ikon penting di Catalan ketika itu dengan menjulang dua kali Liga Juara-Juara serta tiga trofi La Liga. Bagaimanapun jurulatih kelahiran Sepanyol itu menafikan khabar angin perpindahan Messi ke Liga Perdana. "Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami akan bercakap mengenai perpindahan pemain selepas tamat musim dan buat masa ini tidak akan bercakap apa-apa. "Tetapi bagi pilihan saya supaya Messi kekal di Barcelona," jelasnya. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!