JOSE Mourinho membuat kejutan apabila secara tiba-tiba meninggalkan sidang media selepas perlawanan yang mengikat seri 0-0 dengan Bournemouth. Beliau mendakwa tidak dapat mendengar suara pemberita berikutan terdapat masalah teknikal pada pautan videonya. Ketika insiden berlaku, audio pada pautan video yang menghubungkannya dengan para pemberita semasa sidang media, mengalami masalah. Selepas beberapa cubaan bertanyakan soalan, seorang pemberita bertanya: "Hello Jose, adakah anda mendengar saya?" Pengurus Tottenham itu bukan sahaja terganggu dengan prestasi pasukannya di Bournemouth, malah kekecewaannya terhadap pengadil, Paul Tierney dan sistem keputusan VAR. Tidak dapat menahan sabar untuk menunggu sehingga masalah teknikal diselesaikan, Mourinho bertindak meninggalkan sidang media. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!