suria

Pogba buat pusingan-U sedia sambung kontrak di Old Trafford

Pogba sedia untuk terus memberi komitmen di Old Trafford.

PAUL Pogba sedia membuat pusingan-U untuk berbincang dengan Manchester United mengenai kontrak baharu.

Kontrak pemain antarabangsa Perancis itu bakal berakhir kurang daripada setahun walaupun United boleh memberi penyambungan 12 bulan dan dia kini sedia untuk berbincang dengan majikannya itu.

Bagaimana pun United masih belum membuka mulut mengenai kontrak baharunya ini dan dijangka wakil kelab akan mula berbincang penghujung musim ini.

Difahamkan, pemain tengah berusia 27 tahun ini bersedia memberi komitmen kepada kelab ini biarpun timbul pelbagai spekulasi sejak kembali ke Old Trafford pada tahun 2016 dengan rekod dunia perpindahan 89 juta paun.

United boleh menjadikan Pogba antara pemain yang menerima gaji tertinggi di samping Alexis Sanchez dan David de Gea. Dia kini menerima bayaran 290,000 paun seminggu (RM1.6 juta) dengan jumlah tahunan 7.75 juta paun, ditambah dengan hak milik gambar 2.87 juta paun dan bonus loyalti 3.78 juta paun.

Sementara itu, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer memberitahu, kelab sudah pastinya mahukan pemain terbaik dalam skuad.

"Sudah tentu kami mahu pemain terbaik di dalam kelab. Sudah tnetu kami akan membuat sesuatu.

"Saya mengenali Pogba sejak dia kembali ke kelab dan kelihatan semakin baik. Dia gembira dengan bola sepak dan kita akan lihat ke mana arahnya selepas ini," jelasnya.

Dua rakan sepasukan Pogba, Nemanja Matic dan Scott McTominay telah menandatangi kontak sambungan baharu.

Dalam pada itu, Solskjaer turut bercadang untuk membawa masuk pemain baharu hujung musim ini dan salah seorang sasarannya adalah kapten Aston Villa, Jack Grealish. - Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Paul Pogba, Manchester United

Artikel Lain