PENJAGA gol FC Znamya Truda, Ivan Zaborovsky, mengalami insiden mengerikan apabila dia disambar petir ketika sedang menjalani latihan baru-baru ini. Akibat insiden tersebut, bintang remaja Rusia berusia 16 tahun itu dilaporkan koma. Rakaman mengerikan itu menunjukkan saat Zaborovsky sedang berlatih secara berasingan dengan rakan sepasukannya, di mana dia sempat menendang bola dari kawasan kotak penalti selepas disambar oleh kilat tersebut. Asap hitam turut kelihatan sejurus selepas itu dan remaja itu rebah ke tanah. Menurut Russia Today, jurulatih serta rakan sepasukan Zaborovsky terus berlari ke arahnya dan pasukan paramedik turut bergegas memberikan pertolongan cemas sebelum remaja itu dibawa ke hospital. - Givemesport.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!