suria

Pearson dipecat, Puel jadi pilihan di Watford

Puel menjadi pilihan menguruskan skuad Watford.

BEKAS pengendali Leicester City Claude Puel antara salah seorang calon bagi mengambil alih tugas di Watford.

Ia berikutan selepas Watford memecat pengurus Nigel Pearson dengan dua baki lagi perlawanan liga musim ini.

The Hornet memecat Pearson selepas dikatakan tidak sependapat dengan pemilik kelab Gino Pozzo selepas tewas kepada West Ham Jumaat lalu.

Difahamkan Watford telah menyenaraikan Puel, 58, yang kini menguruskan kelab Perancis Saint-Etienne.



Pearson dipecat selepas dikatakan tidak sependapat dengan pemilik kelab.

Biarpun Ligue 1 dibatalkan musim ini berikutan penularan pandemik Covid-19, skuad Puel masih akan beraksi bagi saingan akhir Coupe de France 2020 menentang Paris Saint-Germain Jumaat ini.

Sebelum ini Puel menguruskan Leicester City sebelum dipecat dan berpindah ke Southampton.

Manakala Pearson pula menjadi pilihan tunggal mengambil alih tugas di Watford menggantikan Quique Sanchez Flores Disember lalu.

Pembantu Pearson, Craig Shakespeare kekal di kelab sehingga tamat musim ini.

Hayden Mullins dan Graham Stack akan bertugas sebagai pengurus sementara menghabiskan kempen musim ini.

Watford memerlukan satu kemenangan bagi mengelakkan mereka tersingkir dalam saingan liga musim ini. Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Claude Puel, Nigel Pearson, Watford

Artikel Lain