suria

Tepis khabar angin bakal bersara selepas kematian bapa, pengurus Khabib dedah misi baharu menjelang hujung tahun

Sebelum ini, bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia di sebuah hospital di Moscow, Rusia kerana komplikasi akibat wabak Covid-19.

SELEPAS kematian bapanya akibat Covid-19 baru-baru ini, timbul desas-desus kononnya juara lighweight UFC dunia, Khabib Nurmagomedov akan bersara.

Namun kata pengurusnya, Ali Abdelaziz, hal itu tidak benar sama sekali, malah Khabib juga dijangka kembali beraksi tidak lama lagi.

"Khabib tidak akan bersara. Dia ada misi untuk dicapai. Kamu akan lihat menjelang hujung tahun ini.

"Kami sedang tetapkan tarikh," ujarnya.

Kenyataan pengurus Khabib itu turut dilihat senada dengan apa yang diperkatakan presiden UFC, Dana White, baru-baru ini.

Kata Dana, Khabib dijangka kembali beraksi pada September ini.

Sebelum ini, bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia di sebuah hospital di Moscow, Rusia kerana komplikasi akibat wabak Covid-19.

Berusia 57 tahun, bapanya mengalami serangan jantung selepas disahkan positif Covid-19. - Sports Yahoo.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain