MENERUSI satu klip di laman Twitter, pengurus Tottenham, Jose Mourinho menekankan betapa pentingnya membuat sebutan dengan betul. Ia dipetik daripada siri dokumentari yang mana Jose Mourinho mendakwa nama pertamanya sering disalah sebut. Dia kemudian memberitahu tidak suka menyebut nama yang salah. "Saya tak suka beritahu nama yang salah," katanya. Selepas menjelaskan mengenai sebutan yang betul bagi nama terakhir pemain pertahanan Japhet Tangangga, pengurus kelahiran Portugal itu memberitahu bahawa ramai yang silap menyebut namanya. "Semua orang salah sebut nama saya. "Semua orang panggil saya Jose. Saya bukan Jose. Saya Jose," jelasnya. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!