ALEXIS Sanchex akhirnya diperkenalkan sebagai pemain tetap Inter Milan, sekali gus mengakhiri mimpi ngerinya bersama Manchester United. Pemain kelahiran Chile berusia 31 tahun itu menghabiskan kempen 2019-2020 menerusi pinjaman di Inter Milan. Bagaimanapun, ia kini menjadi pemain kekal menerusi perpindahan secara percuma. Perkara tersebut diumumkan oleh kelab itu pada Khamis. Namun, tiada sambutan untuk Sanchez kali ini, berbanding semasa diumumkan oleh Manchester United sebagai pemain baharu sebelum ini. Sebaliknya, Inter Milan hanya membuat pengumuman ringkas mengenai Sanchez. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!