SIFAT murni juara Heavyweight dunia, Mike Tyson yang suka memberi makanan kepada burung merpati tidak disenangi jiran-jirannya. Akibat perbuatan itu, kawasan kejiranannya di Las Vegas dipenuhi najis haiwan itu sehingga dia menjadi mangsa kebencian dalam komuniti. Kata jiran-jiran, najis burung bukan sahaja merosakkan cat kediaman mereka malah menyebabkan kenderaan menjadi kotor. Namun kata atlet terkenal itu, kehadiran burung banyak memberi manfaat kepada kesihatan mentalnya selama ini. Berusia 54 tahun, dia dijangka kembali beraksi bulan depan, menentang Roy Jones Jnr di Brooklyn dan Las Vegas. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!