JIJIK. Begitulah yang dapat menggambarkan tindakan seorang peninju UFC, Derrick Lewis yang sanggup meludah dalam makanan pesaingnya, Alexey Olenik. Malah, tindakan itu dibuat sebelum perlawanan antara mereka berlangsung pada Sabtu. Menerusi satu video yang kini tular, Lewis masuk ke bahagian dapur sebelum melakukan perbuatan keji itu. "Saya rasa ia tak cukup bahan. Kita akan dapatkan makanan untuk dia (Oleynik). "Ia sangat penting, ia minggu perlawanan. Saya tahu dia akan lapar," ujar Lewis dalam rakaman itu. Malah, jurukamera juga kedengaran ketawa tatkala dia melakukan perbuatan itu. Selamba berkongsi video itu di Twitter, peminat bagaimanapun meluahkan rasa marah atas tindakan tersebut. Malah, ramai yang terkejut dan menyifatkan ia satu tindakan yang tidak matang. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!