MASA depan Luis Suarez turut tidak terkecuali menjadi topik hangat selepas kekalahan teruk Barcelona di tangan Bayern Munich, baru-baru ini. Terdapat laporan bahawa bintang antarangsa Uruguay itu merupakan salah seorang daripada pemain yang ingin dilepaskan Barcelona pada musim panas ini jika mereka mendapat tawaran yang sesuai. Seorang wartawan di Uruguay, Enzo Olivera, melaporkan pasukan Belanda, Ajax bersedia membuat tawaran untuk penyerang itu. Ada laporan mengatakan Suarez sedang diintai kelab dari Qatar, Al-Arabi. Barcelona mungkin dalam mood untuk menerima jika harganya tepat, sementara Suarez mungkin lebih tertarik untuk kembali ke liga Eredivisie. Kontrak Suarez di Barcelona akan berakhir pada 2021. - BarcaBlaugranes Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!