MALANG tidak berbau. Begitulah kisahnya melibatkan seorang pelumba basikal dari Belgium yang terjatuh dari sebuah jambatan berketinggian sembilan meter dalam sebuah perlumbaan di Itali. Sewaktu diselamatkan, Cyclist Remo Evenepoel mengalami kecederaan teruk sebelum dia dikejarkan ke hospital berdekatan. Perlumbaan ketika itu berbaki 50 kilometer (km) sebelum dia terbabas dan terjatuh dari jambatan. Berusia 20 tahun, dia sebelum ini disenaraikan sebagai antara atlet basikal muda terbaik di dunia. Dalam tahun ini sahaja, dia menjuarai kejohanan Tour of Poland dan Volta a Burgos. Dalam pada itu, pengurusan atlet itu tidak mendedahkan keadaan kesihatan terkini, namun mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!