MANCHESTER City tampil ke hadapan untuk mendapatkan Lionel Messi pada Rabu dan yakin bahawa mereka dapat melakukannya tanpa terlibat dalam pertikaian kontrak pemain itu dengan Barcelona. Terdahulu, Messi memberitahu Barcelona mengenai hasratnya untuk meninggalkan Nou Camp. Pengurus Manchester City, Pep Guardiola pula berharap untuk bertemu kembali dengan bekas pemainnya di Manchester. ARTIKEL BERKAITAN: Enggan berada di bawah kendalian Koeman, Messi suarakan hasrat tinggalkan Barcelona ARTIKEL BERKAITAN: Gempar Lionel Messi mahu tinggalkan Barcelona? Messi, 33, bakal memperlihatkan satu rampasan kuasa terbesar di era Sheik Mansour tetapi kelab itu menyedari bahawa penghijrahan pemain itu akan menyukarkan operasi mereka. Messi percaya kontraknya membolehkannya untuk meninggalkan Barcelona secara percuma tetapi Barcelona berkeras bahawa pihak yang melamarnya perlu membayar fi. Klausa pelepasan Messi adalah sebanyak £635 juta (RM3.49 bilion). Manchester City boleh mendapatkan kebenaran daripada Fifa untuk menandatangani Messi secara percuma, sementara menunggu siasatan mengenai kekeliruan berhubung kontraknya. Bagaimanapun, terdapat risiko keputusan tersebut akhirnya memihak kepada Barcelona. Namun, terdapat harapan bahawa pemain berkenaan akan menyelesaikan perselisihannya dengan Barcelona di luar perundangan. Walaupun tanpa fi perpindahan, kewangan yang diperlukana untuk mendapatkan Messi kemungkinan memerlukan jumlah pelaburan yang besar. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!