BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar membuat coretan panjang di Instagram selepas insiden dilayangkan kad merah gara-gara insiden kekasaran terhadap pemain Marseille, Alvaro Gonzalez. "Semalam saya memberontak. Saya dilayangkan kad merah kerana mahu memukul seseorang yang menyinggung perasaan saya. Saya fikir saya tidak boleh pergi tanpa melakukan sesuatu kerana saya menyedari bahawa mereka yang bertanggungjawab tidak akan melakukan apa-apa, tidak menyedari atau mengabaikan apa yang sebenarnya. "Dalam sukan kami, pencerobohan, penghinaan, sumpah adalah bahagian permainan, perselisihan. Saya memahami lelaki ini sebahagiannya. Semua adalah bahagian permainan tetapi perkauman dan sikap tidak bertoleransi tidak dapat diterima," demikian tulis Neymar dalam sebahagian catatannya. Terdahulu, Neymar menulis di Twitter menyatakan berkata bahawa satu-satunya penyesalannya ketika ini adalah tidak menumbuk muka Gonzalez selepas diarahkan keluar padang ketika PSG tewas 0-1 kepada Marseille dalam perlawanan Ligue 1 di Parc des Princes. Neymar mendakwa Gonzalez memainkan isu perkauman ketika dilihat bercakap kepada pegawai keempat perlawanan itu sebelum meninggalkan padang. "Satu-satunya perkara yang saya sesalkan adalah kerana tidak menumbuknya di muka," katanya. Neymar merupakan salah seorang daripada lima pemain yang dilayangkan kad merah dalam waktu kecederaan perlawanan Le Classique itu. - Dailymail Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!