suria

Bercuti di Mykonos, wajah jelita adik Neymar curi perhatian ramai

Dua beradik itu mempunyai tatu bercorak sama pada lengan kiri mereka.

SELAIN Neymar, adik kepada bintang bola sepak itu turut mengumpul peminatnya yang tersendiri.

Rafaella Santos, 24, yang juga seorang model mencuri perhatian ramai dengan kejelitaan wajahnya sehingga mengumpul 5.5 juta pengikut.

Terbaharu, dia turut berkongsi foto seksi, berbikini di sebuah lokasi pelancongan popular Mykanos, Greece.

Selain wajahnya, adik kepada pemain Paris Saint-German (PSG) itu turut dikenali ramai kerana tatu pada badannya.

Malah, dua beradik itu mempunyai tatu bercorak sama pada lengan kiri mereka. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Rafaella Santos, Neymar, Mykonos

Artikel Lain