suria

‘Body shaming’ jadi punca Mike Tyson kuruskan badan, akui tak berkecil hati

Rancangan Mike Tyson untuk kembali beraksi ke gelanggang terpaksa ditunda sehingga November akibat pandemik Covid-19.

JUARA Heavyweight dunia, Mike Tyson mengakui penghinaan terhadap fizikalnya menjadi punca dia menguruskan badan.

Ujar Mike, dia tidak berkecil hati dengan komen itu dan menjadikan ia sebagai satu inspirasi ke arah yang lebih baik.

"Jika ada yang mengenali saya dan tak tegur mengenai tubuh badan yang semakin gemuk, saya tak mahu jadi kawan mereka.

"Mungkin body shaming menyakitkan hati anda, tapi ia membantu saya. Saya tak pandang secara negatif," ujarnya.

Mike sebelum ini pernah mendedahkan dadah dan alkohol menjadi punca peningkatan berat badannya.

Dalam pada itu, rancangannya untuk kembali beraksi ke gelanggang terpaksa ditunda sehingga November akibat pandemik Covid-19.

Kata Mike, dia mahu menggunakan masa yang ada untuk mempersiapkan dirinya menjelang kemunculan yang ditunggu-tunggu ramai itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain