suria

Messi kembali jalani latihan bersama Barcelona

Messi kembali menjalani latihan bersama Barcelona pada Isnin. Foto: Getty Images

LIONEL Messi kembali menjalani latihan bersama Barcelona pada Isnin, selepas khabar mengenai percubaannya meninggalkan kelab tersebut hangat diperkatakan.

Messi, 33, akan berlatih secara individu untuk beberapa hari sebagaimana protokol Covid-19 La Liga yang ketat, sebelum bergabung semula dengan rakan sepasukannya.

Barcelona akan menjadi tuan rumah dalam perlawanan persahabatan bersama Gimnastic di Stadium Johan Cruyff pada Sabtu, tetapi Messi berkemungkinan tidak terlibat.

Messi berpendapat dia seharusnya dibenarkan keluar kelab tersebut secara bebas kerana terdapat klausa dalam kontraknya.

Namun, ketika Barca menghalangnya pergi, Messi 'mengaku kalah' dalam usahanya keluar dari Camp Nou.

Messi tidak hadir pada awal pra-musim di bawah jurulatih baru Ronald Koeman minggu lalu.

Pasukan perundangannya menasihatkan beliau untuk muncul menjalani latihan bagi musim baru yang akan membatalkan tuntutan ke atasnya. - ESPN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain