suria

Garang di litar, Hamilton dedah banyak kelemahan diri dalam posting beremosi di media sosial

Kata Hamilton, dia berterima kasih atas segala sokongan diberikan selama ini.

PELUMBA Formula Satu (F1) Lewis Hamilton berkongsi kisah kesengsaraannya menerusi laman Instagram.

Biarpun garang di litar, dia juga menderita dalam menghadapi kehidupan seharian, sebagaimana insan-insan lain di luar sana.

Kata Hamilton, perjalanannya dengan jadual yang padat bukan satu perkara yang mudah.

"Ada dua sisi saya. Satu yang nampak di kaca televisyen. Yang berjuang di litar.

"Apabila topi keledar di buka, segala rasa kurang yakin pada diri mula menghantui.

"Saya masih mencari-cari kehidupan sebenar, seperti anda juga. Cuba mencari ketenangan diri," luahnya.

Kata Hamilton lagi, dia juga cuba mencari masa untuk keluarga dan rakan serta berterima kasih atas segala sokongan selama ini.

"Seperti kebanyakan anda, saya cuba buat yang terbaik.

"Kadang-kadang saya sunyi. Rindu keluarga dan kawan.

"Saya bersyukur walaupun mereka cuma tanya khabar melalui panggilan video," ujarnya lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain