suria

Bapa sahkan Messi kekal bersama Barcelona untuk tempoh satu tahun lagi

Messi berkemungkinan besar akan kekal di Barcelona untuk tempoh setahun lagi.

BAPA kepada Lionel Messi dilaporkan telah memberitahu Barcelona bahawa anaknya akan kekal di kelab tersebut selama satu tahun lagi.

Messi mencetuskan kisah perpindahan paling hangat ketika ini selepas dia dikatakan menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Nou Camp.

Jorge Messi dan ejen bintang Argentina itu telah mengadakan perbincangan dengan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu, yang tetap bertegas bahawa Messi masih mempunyai baki satu tahun dalam kontraknya sekarang.

Sementara itu menurut wartawan Itali, Tancredi Palmeri, Messi bersetuju untuk terus kekal bersama Barcelona selama satu tahun lagi sungguhpun sebelum ini dia berniat untuk berhijrah.

Perkembangan terbaharu mengenai keputusan Messi itu pastinya menjadi tamparan hebat buat Manchester City, yang dilaporkan telah bersetuju untuk membayar pemenang enam kali gelaran Ballon d'Or itu sejumlah £ 623 juta selama lima tahun. - Dailystar.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain